Tuesday, November 13, 2012

Kejayaan PPSK di IID Melaka

As-salam,
Big congratulations to all PPSK lecturers that have performed very
well in the recent RIID in UiTM Melaka. Well done folks! keep it up.

Tahniah buat semua!

#
Title
Member
Medal
1
OptiCore-PTE (Automated Optimization of
CPU Core via Parallel Thread Execution

Muhammad Helmi Rosli (CS780) Ahmad Firdaus Ahmad Fadzil
Dr. Noor Elaiza Abd Khalid
Pn. Noorhayati Mohamed Noor

Gold
2
Electronic Entrepreneurial Competence
Measure

Dr Rohani Mohamad(FBM) Dr Badrul Hisham(FBM)
PM Dr Nordin Abu Bakar(FSKM) Mohd Fikri Hafifi Yusof
Dr Khulida (UUM)
Gold
3
Klik Halal Retrieval System

Haslizatul Mohamed Hanum (CS990) Norzilah Musa (CS990)
Prof Dr Zainab Abu Bakar
PM Dr Nurazzah Abdul Rahman
Marshima Mohd Rosli
Silver
4
Tool support to evaluate examination paper quality

Noor Hasimah Ibrahim Teo PM Dr. Nordin Abu Bakar Farhana Yaakob
Mohamad Redzuan Abd Rasid
Mohd Hafizzudin Roslan
Silver
5
A prototype of downtown recording system for car manufacturing company
Mudiana Mokhsin (IT dept), Shuhaida Mohamed Shuhidan (CS dept)
Faizullah Mohd Aziz (student).

Silver
6
ABC in Context


(collaboration with APB lecturers)
Silver





Wednesday, November 7, 2012

Sesi bergambar Al-Khawarizmi 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Saya sekali lagi menjemput semua yang terlibat dalam al-Khawarizmi 2012 untuk sesi bergambar.  Ini adalah untuk kenang-kenangan kita bersama.  Semoga semua sudi menghadirkan diri pada jam 12.30pm di Dewan Al-Ghazali pada hari ini bagi dirakamkan gambar anda.  JK Pelajar boleh memakai t-shirt al-Khawarizmi sementara JK staf boleh memakai kot programming academic atau berwarna hitam.  Bagi JK staf dari Pejabat Komputer, Tuan-tuan boleh memakai baju korporat.

Sekian, terima kasih
----
Dr Nur Atiqah Sia

Al-Khawarizmi 2012

Program pertandingan pengaturcaraan peringkat kebangsaan telah selamat dijalankan dengan jaya pada 3-4 November lepas. Setinggi TAHNIAH dan SYABAS buat seluruh warga kerja Al-Khawarizmi yang terdiri daripada staf PPSK dan juga pelajar PPSK.

Berikut adalah emel Dekan FSKM yang turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan perlaksaan program Al-Khawarizmi 2012.
------------------

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada semua warga FSKM.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Prof Madya Dr Syed Ahamd Sheikh Aljunid kerana program ACM-ICPC Malaysia al-Khawarizmi National Programming Contest 2012 telah selamat diadakan dengan jayanya di FSKM pada hari Sabtu dan Ahad (3 – 4 November 2012).
Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Pusat Pengajian, Prof Madya Dr Nordin Abu Bakar yang telah merasmikan Majlis Perasmian al-Khawarizmi 2012 pada hari Sabtu  3 November 2012.  Juga tahniah diucapkan kepada para sekretariat al-Khawarizmi 2012 yang terdiri daripada pensyarah, mahasiswa dan semua staf sokongan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana telah memberi komitmen sepenuhnnya untuk sama-sama menjayakan perancangan dan pelaksanaan program ini.
Alhamdulillah, penglibatan semua warga FSKM dalam program sebegini amat menggalakkan demi kejayaan FSKM.

Saya juga mengucapkan terima kasih atas kesudian YBhg. Prof Dr Tengku Mohd Tengku Sembok yang turut menghadiri majlis penutup program al-Khawarizmi 2012 serta Dr Normaziah Abdul Aziz dari UIAM (Pengarah Serantau ACM_ICPC Kuala Lumpur) dan Dr Teddy Mantoro dari UTM (Timbalan Pengarah Serantau ACM_ICPC Kuala Lumpur serta Ketua Juri) yang telah memberi kepercayaan, dedikasi dan komitmen sepenuhnya untuk sama-sama menjayakan program ini.

Kerjasama dan penglibatan semua pensyarah dan staf sokongan dalam semua akiviti sebegini harap dapat diteruskan di masa akan datang demi kemajuan dan kejayaan FSKM.

Sekian.  Wassalam
Prof Dr Azlinah Hj Mohamed
Intelligent Systems, FSKM
Dean
Faculty of Computer and Mathematical Sciences
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor, Malaysia
e-mail: azlinah@salam.uitm.edu.my
Tel: +603-55435329
Fax: +603-55435501

----------
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk kita meneruskan kerjasama erat, saling membantu dan semangat kerja berpasukan bagi memastikan setiap aktiviti PPSK mencapai kejayaan.

Tuesday, November 6, 2012

Kutipan untuk tabung dan pelbagai

Assalamualaikum wm wbt dan salam sejahtera.
Seperti mana yang pernah diwar-warkan dalam mesyuarat PPSK sebelum ini, ada 3 jenis tabung yang disediakan untuk kegunaan PPSK iaitu:
1. Yuran - RM10 sebulan yang dikutip untuk menampung perbelanjaan aktiviti rasmi PPSK seperti jamuan selepas mesyuarat, aktiviti bersama pelajar (jamuan staff tidak menggunakan peruntukan tabung pelajar) dan seumpamanya.
2. Sumbangan aktiviti PPSK(Dana)- jumlah tidak dihadkan, digunakan untuk aktiviti tidak rasmi PPSK seperti jamuan majlis sambuatan harijadi, kebajikan staff PPSK (kelahiran, perkahwinan, kematian) dan seumpamnya
3. Sumbangan kebajikan - jumlah tidak dihadkan, dikumpul setiap bulan dan disumbangkan kepada pusat kebajikan (rumah orang tua, anak yatim, golongan memerlukan), serahan dibuat setiap hari Jumaat terakhir dalam setiap bulan.
Kutipan tabung 1 adalah WAJIB, manakala tabung 2 dan 3 adalah DIGALAKKAN. Oleh itu ahli PPSK boleh memberi sumbangan/kutipan kepada Cik Nur Laila dengan menyatakan tabung yang berkenaan.
Bersempena kemasukan duit gaji bulan ini, bolehlah siapkan duit untuk kutipan tabung, dana dan sumbangan ;-)

---
HaniFuziah

Wednesday, October 31, 2012

Kelahiran baru

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Norzehan Sakamat, pensyarah PPSK telah selamat melahirkan anak lelaki pada jam 9 pagi tadi, 30 Oktober 2012 (Selasa) di Hospital DEMC.

Alhamdulillah dan tahniah Zehan :-)

Friday, October 26, 2012

Tahniah lulus PhD


TAHNIAH dan setinggi SYABAs kepada para graduan lulusan PhD dari PPSK. Semakin ramai yang bergraduat sekarang, moga menjadi pembakar semangat buat staf PPSK yang sedang menunggu giliran!

Tahniah buat semua!
Dr Azlan Ismail - 9 Julai
Dr Shuhaida Shuhidan - 1 Ogos
Dr Nazrul Azha - 10 sept
Dr Suriyani Ariffin - 11 okt

Sunday, September 23, 2012

Memenangi IID Terengganu

as-salam,
Congratulations to Dr Nur Atiqah Sia ,Dr Nur Elaiza from PPSK and
their respective students for winning silvers at the recent IID
Terengganu.
Next battlefields : IID Melaka(Nov) and Shah Alam (Dec). shoot to win
folks! congrats again!
wassalam

Friday, September 7, 2012

Sambutan Hari Raya dan harilahir Julai & Ogos

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri 2012 yang diadakan pada 6 sept  ini kami sekalikan dengan majlis sambutan harilahir Julai dan Ogos.
Setiap daripada kami yang diraikan ini berasa sangat bertuah kerana menerima sajak yang dikarang sendiri oleh Pengerusi Pusat Pengajian iaitu Prof Madya Dr Nordin Abu Bakar.

Saksikan kemeriahan sambutan hari raya kami!
tunggu cukup corum

nyanyi dulu!

potong kek




Wednesday, September 5, 2012

Tuesday, September 4, 2012

Bengkel Penyediaan JSU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga PPSK sekalian,
Lanjutan dari bengkel RP di perintkat universiti pada 18/7/.2012 dan bengkel JSU peringkat fakulti semalam (28/8/2012), sukacita dimaklumkan bahawa PPSK akan mengadakan Bengkel Penyediaan JSU peringkat PPSK pada:
Tarikh   : 3 September 2012
Hari     : Isnin
Masa   : 9.00 am - 1.00 pm
Tempat : Akan dimaklumkan kemudian
Bengkel ini adalah bertujuan untuk menbincangkan tentang penyediaan JSU bagi program-program yang dibawah tanggungjawab PPSK terutamanya program CS230 dan CS233. Oleh itu para pensyarah dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen samada yang sudah lengkap mahupun belum lengkap ke bengkel ini.
Cadangan Agenda:
1. Cadangan kaedah yang akan digunapakai dalam pelaksanaan JSU di PPSK
2. Cadangan pemberat pengisian (content weightage) bagi setiap program dan kursus
3. Menyelaraskan kesinambungan dengan JSU bagi program CS110
4. Melengkapkan dokumen JSU bagi setiap kursus yang ditawarkan yang diketuai oleh RP
Walaupun penggilan bengkel ini dianggap sebagai short notice, adalah amat-amat berharap warga PPSK dapat menghadirkan diri pada bengkel ini dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

---
Suriyani Ariffin

Tuesday, July 31, 2012

Bersediakah kita menerima hidayah?

Hidayah itu ibarat air hujan yang turun ke bumi.  Ada 3 jenis tanah iaitu
  • tanah cerun yg tidak dapat menakung air dan hujan lalu begitu sahaja. 
  • tanah keras di mana air bertakung tetapi tidak meresap ke dalam tanah. 
  • tanah gembur yang dapat menyerap air hujan, menjadi subur dengan turunnya hujan tadi serta dapat menumbuhkan pokok yg memberi manfaat kepada makhluk.

Hati manusia ibarat tanah, ada yang mudah menerima hidayah, ada yang keras. Ada yang hari-hari mendengar tazkirah pun tapi tak masuk ke dalam hatinya. Kadang kala ia hidup di kalangan orang baik-baik, tetapi disebabkan kekerasan hatinya, sinar hidayah tak dapat menembusi hati. Ada juga yang rajin mendengar tazkirah dan peringatan serta rajin pula menyampaikan kepada orang lain, malangnya diri sendiri masih di takuk lama.
Sebab itu kita perlu sediakan hati yang lembut dan subur supaya hidayah mudah meresap ke dalam hati.

Bagaimana nak sediakan hati yang subur, lembut dan hidup ini? Perbanyakkan zikir mengingati Allah dan baca Al-Quran.

Friday, July 20, 2012

Seminar Kesihatan - Jom Audit kesihatan diri!


Program seminar kesihatan in telah berjalan dengan jayanya pada 19 Julai yang lalu. Seminar ini adalah anjuran bersama Badan kebajikan PPSK dan kelab pentadbiran FSKM. Seminar ini merupakan idea daripada pengerusi  PPSK iaitu Dr. Nordin. Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan FSKM telah menghadiri program ini. 




Maklum balas yang diterima sangat positif dan ramai yang mahu program seperti ini dijalankan lagi. Terima kasih juga kepada penaja-penaja yang sudi menaja seminar ini seperti Gardenia, Karangkraf, Gleneagles Hospital, Contour Express dan lain-lain.


Penceramah-penceramah yang telah dijemput iaitu Prof Madya Zulkifli dan Prof Madya Dr. Anuar Suun dari Fakulti Sains Sukan dan Pn. Norhayati Abdul Hamid dari FSKM sendiri telah memberi impak atau kesan kepada sambutan peserta terhadap seminar ini. Ramai yang teruja untuk membuat senaman, tak kurang juga yang menyalin nota berkenaan nutrisi pemakanan yang baik. Seminar ini banyak memperbaiki atau mengingatkan kita tentang senaman yang betul. Ramai antara kita rupanya telah mempraktikan cara senaman yang salah  atau diistilahkan oleh penceramah sebagai “HARAM”. InsyaALLAH dengan ilmu yang kita dapat dari seminar ini, kita dapat menjaga nikmat kurniaan ALLAH s.w.t ini dengan cara yang betul dan baik.
 

Wednesday, July 4, 2012

Now or Never!


Presentation Dissertation dan Special Topic CS777

Assalamulaikum SEMUA,
 
Pembentangan disertasi dan Special Topic CS777 telah berjalan dengan lancar dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada panel-panel dan penyelia-penyelia  di atas kerjasama mereka. Saya ingin juga mengucapkan terima kasih kepada Prof Dr. Zainab kerana sponsor makanan untuk pembentangan ini.
Panel-panel dan penyelia-penyelia diharap dapat menyerahkan pernilaian mereka selewat-lewatnya pada hari jumaat (6/6/2012).
 
Sekali lagi terma kasih semua.
 
Dr. Rose Hafsah Ab. Rauf
Penyelaras Disertasi dan Special Topic CS777

Majlis sambutan harijadi April

Pertama sekali, Badan Kebajikan(BK) PPSK ingin mengucapkan
Selamat Hari Lahir kepada yang menyambut kelahiran pada bulan ini.
Untuk makluman, BK PPSK akan mengadakan jamuan bagi meraikan mereka,
bertempat di Anggerik Coffee House, Hotel UiTM pada 27 April 2012,
jam 9am - 10.30am.
Sehubungan dengan itu, BK PPSK berbesar hati ingin menjemput rakan-rakan lain
yang ingin turut serta meraikan mereka dengan sedikit bayaran sebanyak RM10.
Bayaran boleh dibayar kepada saya sebelum khamis petang.
Yang diraikan adalah seperti berikut:
Prof. Dr. Zainab Abu Bakar
PM Dr. Siti Zaleha Zainal Abidin
Dr. Nasiroh Omar
En. Nazrul Azha Mohamed Shaari
En. Mohd Suffian Sulaiman
Pn. Norzilah musa
Pn. Norzehan Sakamat
Pn Ros Surya Tahir
Pn Zainura Idrus
Cik Nursyahida Wahab
Antara mereka yang hadir....
makan berdua aje? ehh.. bertiga sebenarnya ni!

jemput makan..!

kumpulan 'cuti belajar'




Monday, July 2, 2012

Kelahiran baru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah Pn. Hayati Abdul Rahman (CS) telah selamat melahirkan anak lelaki(3.4 kg) di Ipoh pada jam 9 pagi.1 Julai lepas.

Tahniah buat pn Hayati sekeluarga.
Terima kasih.

Friday, June 29, 2012

Audit


The audit team from InQKA  was in the faculty and people  were all like running for cover or something. I just didn’t understand . I have been an auditor for quite sometime and now being audited gives me some awkward moments but not as defensive as my colleagues here. For three days, we ran all over the faculty trying to get documents that were never there, called the missing lecturers for interview and hoped the students would say the things right rather than saying the right thing. Our head was burning through the ass trying to meet the demands of the audit panels. “Could you get me this document, please?”, “No, not this one but the one you mentioned here” “ I don’t think this is the one, could you  get the right one please?”.......the thing just never-ending, it could go like that all day. The reason is because quality is not our culture. We do things just to get them done without meaning  or  without purpose.
The exit meeting was a blow kaw! kaw!; but then it was expected. So no surprise there. The degree of concern , however, was phenomenal. I mean we blew off every single rule in the book. From the OBE, the design, implementation and up until the assessment of students. I guess the panel had no problem finding a problem just pick anything, anyone up and there is one fatal error there. The state of chaos in everything is really unbelievable.  I wonder how this faculty survives up to this very day; because from the findings it is hard to believe that anything can stay intact for so long.
Areas of concern
1.       Implementation of OBE(Outcome Based Education) is not on the right track. The practice is at Sem 4 level but the OBE impementation is not in perspective from every dimension ( ie: students, lecturers, syllabus or content delivery).
2.       Awareness of OBE is still at an early stage although lecturers should havebeen practicing  it in the classrooms  two years ago. What happen since then? How did they manage? No answers because no one really asked the questions.
3.       There is no report on the feedback from the industrial panels and external examiners.What their comments were and  the actions taken in response to their comments. I am sure there is such document lying around somewhere we just could not find it. But again there might not.
4.       Syllabuses are not updated. I think this one is not really serious, although important, as updating is an on-going process.
5.       Students assessment is a total failure. Inconsistencies in marking the answers and awarding marks are every where in almost every single code investigated. The saying “ timbang kati” is really an irresponsible action but commonly accepted. I heard it all the time but had never imagined that someone would’ve  really done it. We were trusted to  evaluate people and give some indication of what they have done good and what not; some of us have violated that trust. This is a “big sin” in academia and if I had it my way I would skin it to the bones; find the culprit and make him/her pay the consequences dearly. The lesson must be taught and learnt one way or another.
6.       COs and POs are not measured. CDL and CQI are not fully implemented. Well, OBE stuff again. We really need to get this through as soon as possible at PPSK.
7.       There is no rubrics for assessing students written works (lab, report, presentations,etc)
8.       It seems that PhD (CS990)or Research Students (CS780) who resubmit their thesis longer than the designated time given have no actions/penalty taken. Ipsis matter so let them take this one on.
9.       As the faculty is expecting  14 new programs by next year, there is no document to justify our resources; be it physical or human resources. The documents are yet to be completed---that was the answer when asked by the auditor the other day. Maybe we can get away with it for now but do we really take this into considerations? My enquiring mind wants to know...
10.   Management roles are not clear. That’s it , that’s  the answer  for  the whole chaos. And for as long as  this issue is not resolved at least at the faculty level, things will remain upside down as they are now.
I don’t know where to start in addressing these concerns. Time to digest and put everthing in a proper perspective. But we have to start somewhere. Let  start with us ---you and me. Good luck!

---
PM Dr Nordin Abu Bakar
KPPSK

Monday, June 25, 2012

Lawatan Mesra PPSK ke Pejabat Dato' Naib Canselor

Lawatan ini adalah usaha PPSK untuk mengukuhkan ikatan silatulrrahim diantara PPSK dan Dato' VC sendiri. Tidak ada isu spesifik yang kami bincangkan sekadar bertemu mata dan bertanya khabar
mengenai perkembangan semasa UiTM. Jelas Dato'  VC amat berbesar hati dengan kehadiran kami.
Dato' VC

En Yunus sedang menunggu di ruang Pejabat  Dato' VC

En Yunus sedang beramah mesra dengan Dato' VC

Semoga dapat bertemu lagi.

Kami juga ingin mengucapkan jutan terima kasih di atas kesudian Dato' VC meluangkan masa bersama kami walaupun dengan jadual yang begitu ketat. Saya ingin menyampaikan salam dari Dato' VC untuk semua warga PPSK dan pesan beliau agar PPSK akan terus menyokong pimpinan fakulti maupun UiTM.

-PM Dr. Nordin Abu Bakar
KPP Sains Komputer

Friday, June 22, 2012

Bengkel Kualiti PPSK

Assalammualaikum,

Sukacitanya, PPSK akan menganjurkan Bengkel Kualiti PPSK seperti butiran berikut:

Tarikh   : 22 Jun 2012 (Jumaat)
Tempat: akan dimaklumkan kemudian
Masa    : 8.30 pagi - 5.00 petang

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyediakan dan mengemaskini portfolio pengajaran, fail kursus dan dokumen OBE. Beberapa tetamu jemputan iaitu Prof. Dr. Noor Laila Md Noor, Prof. Madya Hajah Mardziah Hj. Hashim dan Prof. Madya Hajah Norehan Abdul Manaf telah dijemput untuk memberi penerangan mengenai perkara tersebut. Oleh yang demikian, mohon kerjasama semua pensyarah PPSK untuk hadir ke bengkel ini.

Sekian, harap maklum.

---
Nor Ashikin Mohamad Kamal

Wednesday, June 20, 2012

Sambutan hari lahir (Mei dan Jun)

Assalamualaikum dan ss
Majlis sambutan hari lahir untuk bulan Mei dan Jun akan diakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 29 Jun 2012 (Jumaat)
Tempat: Anggerik Coffee House, Hotel UiTM
Masa: 9 - 10.30 am
Tajaan: Badan Kebajikan PPSK

Kepada rakan-rakan lain yang ingin turut serta boleh memberi nama kepada Pn Noor Hasimah
beserta bayaran RM10.
 Antara staf yang akan diraikan adalah:
Bulan Mei
Afiza Ismail
Azlan Ismail
Fakhrul Hazman Yusoff(Dr)
Haslizatul Fairuz Mohamed Hanum
Marshima Mohd Rosli
Mohd Yunus Mohd Mohd Yussof
Nur Atiqah Sia Abdullah @Sia Sze Yieng (Dr)
Rosslina Mohamed Nawi (Prof Madya)
Sharifalillah Nordin (Dr)
Suhada Mat Zin
Suriyani Ariffin
Zulaile Mabni

Bulan Jun
Azlan Abdul Aziz
Mohd Razif Shamsuddin
Noor Elaiza Abd. Khalid(Dr.)
Nurazzah Abdul Rahman (Prof Madya Dr.)
Syed Ahmad Sheikh Aljunid(Prof  Madya Dr.)
Wan Ya Wan Hussin
Zalilah Abd Aziz

Thursday, June 14, 2012

Ziarah Puan Suzana Baharudin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 6 Jun lepas Badan kebajikan PPSK yang diwakili oleh Suhada dan Anita telah menziarah Puan Suzana Baharudin dan bayinya,Ethanntahir Mohamizzam yang dilahirkan pada 11 Mei yang lepas.


Tuesday, June 12, 2012

POWER OF FEELING


Zaid Mohamad wrote, "Years from now, most of us will have forgotten words said to us but there is one thing that we will remember for a long time;  the feeling that those words and actions evoked and how they affected us. For example, a few years down the road, we will have forgotten harsh words exchanged during a fight with a spouse. However, the pain may be felt for life. Similarly, the things we have done or not to our kids may affect their teenage and adult years. On the other hand, a good feeling resulting from sincere words of comfort and compliment will continue to fire up the spirit long after they were given."

Such is the POWER OF FEELING that can make or break a spirit. It can determine failure or success in what we do. The meaningful words of Zaid, author of "Smart Parents, Brighter Kids and Smart Parents, Richer Kids", are not confined to relationships between spouses or parents and kids alone. All of us are responsible to create good feelings in whatever we do, wherever we are and whoever we surround ourselves with.

Therefore, in all organization/group/team (what ever we are called) each member has an important part to play in creating good and positive feelings within the working team.


Tuesday, June 5, 2012

Makluman: Aktiviti-aktiviti Badan Kebajikan PPSK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Makluman awal mengenai perancangan aktiviti BK PPSK adalah seperti dibawah.
Ini bagi memudahkan kita untuk membuat perancangan awal dan turut sama menjayakan aktiviti ini..

1. Majlis hari lahir:
- May dan June : 29 Jun 2012
- Julai dan Ogos : 30 Ogos 2012
- September dan Oktober : 19 Oktober 2012
- November dan Disember : 28 Disember 2012

2. Pot Luck hari Raya : 7 September 2012

3. Tazkeerah Jumaat (Wanita sahaja)
-  18 Mei 2012 ( Tempat: Bilik Pn Norasiah Mohammed)
-  8 Jun 2012 (Tempat: Bilik PM Dr. Sharifallillah Nordin)
-  22 Mei 2012 (Tempat: Bilik Dr. Nursuriati Jamil)

--sumber maklumat Pn Noor Hasimah Ibrahim Teo

Monday, June 4, 2012

Majlis Solat hajat Perdana

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Prof/Prof Mayda/Dr/Tuan/Puan/Encik/Cik

Saya bagi pihak CS Club dengan sukacitanya ingin menjemput semua pensyarah untuk bersama-sama turun padang untuk Majlis Solat Hajat Perdana sepena Peperiksaan Jun 2012. Di samping solat hajat terdapat juga aktiviti sampingan seperti motivasi kerohanian (oleh Sham Kamikaze) dan di akhir majlis akan diadakan sesi Mohon Restu dari para pelajar kepada pensyarah.

Dengan ini saya sekali lagi mengalu-alukan kedatangan para pensyarah bagi memeriahkan lagi majlis ini. Di sertakan aturcara majlis dan maklumat menganai program tersebut.

Majlis Solat Hajat Perdana
Tarikh :  7 Jun 2012
Hari    :   Khamis
Masa  :  6.30 Petang
Tempat  : Dewan Al Ghazali, FSKM, UiTM

Atrucara Majlis
6.30 Petang     :Ketibaan para pelajar dan jemputan
7.20 Petang     : Solat maghrib berjemaah
7.45 Petang     : Motivasi Kerohanian
9.00 Malam     : Solat Isyak & Solat Hajat
9.30 Malam     : Sesi Mohon Restu & Jamuan Makan
10.00 Malam   : Bersurai

Saya dahului dengan ucapan Terima Kasih.

-------------
Wan Khadijah Binti Yusof
-Penasihat CS Club

Wednesday, May 30, 2012

Renungan Rabu #4

If you think you are beaten, you are.
If you think you dare not, you don't.
If you like to win but think you can't,
It's almost a cinch you won't.
If you think you'll lose, you're lost.
... For out in the world we find
Success begins with a fellow's will.
It's all in the state of mind.
If you think you are out classed, you are.
You've got to think high to rise.
You've got to be sure of your-self before
You can ever win the prize.
Life's battles don't always go
To the stronger or faster man.
But sooner or later, the man who wins
Is the man who thinks he can.

Monday, May 21, 2012

Tazkeerah Jumaat di bilik puan Norasiah

Program dwi-mingguan ini diadakan pada 18 Mei 2012 di bilik puan Norasiah. Ramai yang hadir dalam majlis tersebut, nampaknya kehadiran semakin meningkat iaitu 15 orang staf berbanding minggu sebelumnya.
Menu kali ini ialah laksa johor dan juga nasi maglubah di samping kuih-muih serta hidangan lain.

Alhamdulillah dalam perkongsian kali ini kami mendengar tazkeerah berkaitan kelebihan bersedekah dan tuntutannya.  Seperti mana maksud hadith:
Dari Abu Hurairah RA, Bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : “Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedeqah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.” (H/R. Bukhari).

“ Sesiapa yang sanggup diantara kamu menjaga dirinya daripada api neraka hendaklah ia bersedeqah walau hanya dengan sebiji kurma, dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik.” (H/R. Ahmad dan Muslim)

Allah Ta’ala berfirman, “ Perumpamaan orang-orang yang menafakahkan harta mereka pada jalan Allah adalah seumpama sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang disukainya dan Allah maha luas kurnianya dan lagi maha mengetahui. ” .
{Al Baqarah (2) : 261}

 Kebaikan dan kelebihan Sedekah

Lima di dunia:
1. Mencucikan hartanya - menggandakan kebaikan dan keberkatan harta tersebut
2. Mencucikan badannya -dapat mengelakkan bala, memanjangkan umur, melembutkan hati
3. Menolak daripada penyakit -terutama penyakit hati yang sombong, kedekut dan sebagainya
4. Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
5. Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya

Lima di akhirat:
1. Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari qiamat ketika sangat panas
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangan (amalan) di akhirat
4. Mudah melalui titian siratulmustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga

 
“Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan akan dikalungkan kelak di lehernya pada hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Ali ‘Imran: 180)

MediaQuest 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacitanya  dimaklumkan bahawa Multimedia Computing Society (MMCS) di bawah Pusat Pengajian Sains Komputer (PPSK), Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Shah Alam  akan menganjurkan program MediaQuest 2012 yang berlangsung selama dua hari pada:

Acara Pembentangan Projek Multimedia

Tarikh         :  19 Mei 2012 (Sabtu).

Masa           :   9.00 pagi – 1.00 petang. (Separuh Akhir)
            :   2.00 ptg - 4.00 ptg. (Akhir)

Tempat         :   Dewan Al-Ghazali, FSKM, UiTM Shah Alam.

Acara Ceramah Kerjaya dan Majlis Penutup dan Perasmian MediaQuest 2012.

Tarikh          :  20 Mei 2012 (Ahad).

Masa            :  10.30 pagi – 11.30 pagi Ceramah Kerjaya MediaQuest 2012 oleh wakil dari Elite Animation Sdn. Bhd.
                       12.00 - Penutup
Tempat         :   Dewan Al-Ghazali, FSKM, UiTM Shah Alam.


Program MediaQuest 2012 ialah program yang telah dirancang untuk mencungkil bakat pelajar di dalam multimedia di mana hasilnya akan diketengahkan untuk dipertandingankan di peringkat yang lebih tinggi.


Pihak penganjur ingin menjemput Tuan/Puan/Prof/Prof Madya/Dr dan seluruh warga FSKM, UiTM  untuk turut serta memeriahkan program MediaQuest2012.


Sekian, Terima Kasih.


--
Dr. Fakhrul Hazman Yusoff,