Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salah seorang rakan sekerja
kita iaitu En Jasrul bakal melangsungkan perkahwinan Sabtu ini. Saya
difahamkan yang beliau tidak dapat menghantar kad jemputan kepada semua
ahli PPSK, oleh itu saya war-warkan di ruangan ini. Butiran lengkap
majlis beliau adalah seperti berikut:
Tarikh : 31 Mac 2012
Hari : Sabtu
Masa : 12 tghari - 4 ptg
Tempat: Dewan Serbaguna Bukit Tinggi 2, Lorong Batu Nilam 17D, Bandar Bukit Tinggi, Klang
Badan
Kebajikan PPSK sedang mengumpul duit sumbangan untuk membeli hadiah
sebagai meraikan En Jasrul dan pasangan. Cadangan kami adalah kutipan
sebanyak RM10 seorang. Jika tuan/puan berminat untuk turut serta, boleh
hubungi nama-nama berikut:
Hani Fuziah (hani@tmsk.uitm.edu.my ext : 1186)
Norasiah (norasiah@tmsk.uitm.edu.my ext : 1158)
Nur Amirah (amirah@tmsk.uitm.edu.my ext : 1183)
Terima kasih
Friday, March 30, 2012
Wednesday, March 21, 2012
Renungan Rabu #2
Manfaat Stres
Stres akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.
Stres akibat hubungan kita yang tak berapa mesra dengan ibu bapa, menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan positif bagi memperbetulkan keadaan.
Stres kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.
Stres keranan merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam.
Stres kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.
Stres kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa akan menyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf bahi mungkar.
Stres kerana didiagnos ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk menyembuhkan.
-majalah SOLUSI isu no 39

Thursday, March 15, 2012
Aktiviti Pertama kami
Bengkel bimbingan bertajuk “IMPROVING PROBLEM SOLVING SKILLS FOR UPSR
STUDENTS” telah dijalankan dengan jayanya oleh Badan kebajikan PPSK pada 13 Mac
2012. Program ini bermatlamat membantu
pelajar yang kurang mampu dan ketinggalan di dalam pelajaran, menguasai
soalan-soalan berbentuk “Words
problem”. Ia adalah satu usaha mendekati
masyarakat dan mengetengahkan Fakulti sebagai institusi yang dapat menyumbang
ke aras pembangunan pelajar terutama dari segi penyelesaian masalah.
Seramai 15 peserta
telah hadir. Pelajar-pelajar ini yang bakal menduduki UPSR tahun ini adalah
dari beberapa sekolah di sekitar Shah Alam dan Klang.
Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar terdiri daripada pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer dan
dibantu oleh pelajar Sarjana Muda Sains Komputer (Kep) (CS230) melalui Computer Science Club (CS Club).
Wednesday, March 14, 2012
Renungan Rabu #1
Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak mau memahami orang lain.
Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak percaya diri sendiri....
Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah karena anda belum buat persiapan.
Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak bisa menghargai orang lain.
Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah karena anda membuat hina diri sendiri.
Jangan sedih bila orang lain memaki anda..
Tapi sedihlah karena anda bermulut jahat pada orang lain.
Jangan sedih orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah mau perbaiki diri.
Jangan sedih karena anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah karena anda tak mau bangkit kembali.
Jangan sedih karena perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah belajar dari pengalaman.
INGATLAH..
Kunci masalah selalu ada dalam diri kita sendiri, bukan di luar.......
~adaptasi dari Internet
Subscribe to:
Posts (Atom)