![]() |
| ada makan-makan lagi! |
Kali ini kami mendengar tazkeerah mengenai 'surah al-muawizatain' iaitu surah An Nas dan surah al Falaq. Kedua surah ini yang mempunyai 6 dan 5 ayat masing-masing, merupakan penawar yang diturunkan Allah ketika Rasulullah saw disihir oleh seorang yahudi bernama Labid bin al A'sam iaitu yahudi dari suku bani Zuraiq. Beliau menggunakan sikat rambut Nabi dan beberapa kulit mayang kurma jantan yang diikat dengan benang dan dijadikan 11 simpulan. Sepanjang tempoh terkena sihir itu, Nabi berasa sakit-sakit badan.
Dengan izin Allah satu demi satu simpulan itu terbuka apabila dibacakan 11 ayat dari kedua-dua surah ini tadi.
Marilah kita sama-sama amalkan doa-doa dari sumber al-Quran sebagai penawar kepada pelbagai penyakit kita, samada penyakit zahir mahupun penyakit batin.
