Wednesday, February 27, 2013

Blended Learning


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Seperti yang semua sedia maklum, universiti dalam proses untuk menggalakkan pelaksanaan Blended Learning dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan ini, sesiapa yang berhasrat untuk melaksanakan 'Blended Learning' pada semester Mac 2013 ini adalah dialu-alukan. Sila berikan nama dan nama kursus kepada saya untuk tujuan rekod pejabat Akademik fakulti.
Untuk makluman, untuk semester ini, saya mencadangkan agar kursus-kursus yang akan melaksanakan Blended Learning masih diberikan 4 jam temu (2 jam syarahan dan 2 jam makmal/tutorial) seperti ynag tertera di dalam jadual waktu. Ini bertujuan bagi membolehkan para pensyarah 'revert' ke kaedah pengajaran yang lama jika merasa kursus tersebut kurang sesuai dilaksanakan secara Blended atau memerlukan masa untuk mengadaptasi kaedah baru ini.


Walaubagaimanapun, untuk semester September 2013, kursus yang akan dijalankan secara Blended Learning akan hanya mempunyai jam temu sebanyak 2 jam tertera di dalam jadual. Pemberian ATA adalah seperti yang dimaklumkan semasa taklimat Blended Learning tempohari.
Sebarang kemusykilan boleh bertanya saya atau lebih baik bertanya terus dengan 'orang kuat' iLearn En Mohd Nor Hajar Hasrol atau En Azlan Abd Aziz.
Kerjasama semua saya ucapkan ribuan terima kasih.


--
Dr Marina Ismail

Tahniah Dr. Suriyani!

Seluruh warga PPSK merakamkan ucapan setinggi-tingi tahniah di atas kejayaan Dr Suriyani Ariffin, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Sains Komputer, UiTM Shah Alam kerana telah memperolehi  Doktor Falsafah dari Universiti Putra Malaysia yang telah disahkan oleh Senat Universiti pada 14 Februari 2013.

Berikut adalah ucapan daripada Dr. Suriyani:

Terima kasih  saya ucapkan kepada rakan-rakan sekerja semua kerana berkongsi kegembiraan sebab saya telah lulus dan tamat Phd. Terima kasih di atas kerjasama, timbang rasa dan doa kalian selama ini.  Untuk itu, saya ada sajak (versi computer science) buat kalian semua. Kepada lectcs, terimalah puisi ini buat kali keduanya. 

Selamat berhibur.... harap dapat menceriakan hari Isnin anda .....:)


ILMU YANG KU TEMUI

Ilmu yang ku temui...
Setelah ku google search
Rupanya bersifat infinity
Rupanya lengthnya tiada penghujung
Lalu ku google bersama nature
Nature ciptaan Yang Maha Kuasa

Ilmu yang ku temui.....
Walau ia bernilai 1 bit
Setelah ku pop dari stack ciptaanNya
Rupanya ada berjuta-juta elements di dalam stack yang sama

Ilmu yang ku temui...
Lalu ku study
Rupanya ku bukan siapa-siapa
Rupanya diriku umpama habuk yang terlekat di monitor

Ilmu yang ku temui...
Akan ku cari lagi
Pemberian nikmatNya melalui nature
Nature is the greatest teacher
Thank you the Creator, Yang Maha Pencipta.

                               nukilan
                               -suriyani (Oktober 2012)

nota: 
Tajuk thesis saya adalah "Secure Block Cipher Inspired by the Human Immune System". 
Saya mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin menyambung Phd dalam bidang yang berkaitan dengan research saya ini.   Tambahan lagi duit Grant FGRS dan RIG masih banyak lagi...:)

Monday, February 25, 2013

Salam takziah untuk Nurul & suami serta keluarga

Bapa mertua Pn Nurul Hidayah Mat Zain  telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Semoga Allah tempatkan Allahyarham bersama orang-orang beriman dan marilah sama-sama kita sedekahkan A-Fatihah untuk Allahyarham. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Semoga tabah dan redha di atas pemergian ayahanda dan agar beliau ditempatkan di kalangan hamba hamba yang soleh.

Friday, February 15, 2013

Kelahiran baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sukacita ingin dikongsikan bahawa Puan Nor Ashikin, pensyarah dari Pusat Pengajian Sains Komputer telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki seberat 3.4 kg pada 1.10 pada 14 Februari di Hospital DEMC.Alhamdulillah.
Tahniah diucapkan kepada Pn Nor Ashikin sekeluarga.
Baby Afeef

Tuesday, February 5, 2013

Renungan Rabu #6

Difficulties in your life do not come to destroy you, but to help you realise your hidden potential and power

Anda adalah apa yang anda fikirkan.
Fikirkan boleh!



Majlis meraikan Hari Lahir dan Anak-anak staf yang telah menduduki UPSR

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga PPSK.

Sekitar majlis sambutan hari lahir staf PPSK yang lahir dalam bulan Oktober, November dan Disember.  Sambutan kali ini agak meriah kerana digabungkan bersama majlis meraikan anak-anak staff yang menduduki UPSR 2012.
 
Majlis yang bersejarah dan meninggalkan kenangan manis ini telah diadakan pada 20 Disember 2012 di Hotel UiTM.

Antara staf yang hadir...












Friday, February 1, 2013

Perlantikan baru

Setinggi tahniah diucapkan kepada mantan Pengerusi Pusat Pangajian Sains Komputer iaitu Prof Madya Dr Nordin Abu Bakar yang dilantik sebagai Timbalan Dekan (HEP & Alumni) menggantikan Prof Madya Dr Mazani Manaf.

Sehubungan dengan itu kami di PPSK menerima pimpinan baru menggantikan Dr Nordin iaitu Prof Madya Dr Nurazzah Abd Rahman sebagai pengerusi yang baru.