Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Y.Bhg.Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Sukacita ingin dimaklumkan bahawa CS Club akan mengadakan beberapa program dalam masa terdekat ini. Oleh yang demikian saya dengan berbesar hati ingin menjemput Y.Bhg.Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan yang bekelapangan untuk menjayakan program seterusnya memeriahkan lagi majlis ini.
Maklumat program adalah seperti berikut :
Jalinan Ukhuwah Sains Komputer
Hari : Sabtu
Tarikh : 30 March 2013
Masa : 8.45 pagi - 3.00 petang
Tempat : Bukit Cerakah, Shah Alam.
ProQuest@CS & MediaQuest@CS 2013
Hari : Jumaat & Sabtu
Tarikh : 17 - 18 Mei 2013
Masa : 8.45 pagi - 5.00 petang
Tempat : Makmal 14 & 15, DAG, FSKM.
Tazkirah Bersama TD HEP
Hari : Khamis
Tarikh : 23 Mei 2013
Masa : 7.00i - 9.00 malam
Tempat : DAG, FSKM.
Makluman pada yang berminat untuk menjadi JK untuk Proquest@CS 2013
boleh maklumkan pada saya agar kita dapat sama-sama menjayakan program
tersebut.
Kehadiran Y.Bhg.Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amatlah dialu-alukan dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Wassalam.
Wednesday, March 27, 2013
Monday, March 25, 2013
Pertandingan Video "PKNS Disisimu"
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru
ini 3 orang pelajar kita telah menang dalam satu pertandingan yang
dianjurkan oleh PKNS. Tema pertandingan ini adalah "PKNS Disisimu".
Kategori yang dimenangi oleh mereka adalah Anugerah Khas Juri. Semalam
(18/3/2013) adalah hari penyampaian hadiah bagi pertandingan ini.
Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar tersebut atas inisiatif dan
semangat yang begitu tinggi.
Pelajar-pelajar yang terlibat adalah:
1) Mohd Hakim bin Abd Kahar - CS2332) Wan Syaqira bt. Wan Mohd Anuuar - CS233
3)Talha bin Aziz - Pelajar Kejuruteraan
Sekian. Terima kasih.
Anita Mohd Yasin
Penasihat Kelab Multimedia Computing Society (MMCS)
FSKM Shah Alam
Saturday, March 2, 2013
Selamat kembali ke PPSK
Kami di PPSK sangat gembira mengalu-alukan kepulangan sahabat-sahabat kita dari cuti belajar di luar negara. Mereka yang dimaksudkan ialah Pn Nor Azida Mohd Noh dan Pn Marina Ahmad.
Untuk makluman, Pn Nor Azida melanjutkan pelajaran peringkat PhD di Australia sejak Mei 2009 dan Pn Marina pula di Jerman sejak Mac 2009.
Semoga kepulangan mereka berdua memberikan semangat baru kepada kami di PPSK dan mereka dapat turut serta dalam aktiviti di PPSK ini.
Kami warga PPSK mengucapkan SELAMAT KEMBALI kepada mereka berdua.

Friday, March 1, 2013
Ahli baru dalam PPSK
Ucapan selamat datang buat ahli terbaru PPSK iaitu Cik Nor Intan Shafini yang baru sahaja melapor diri di fakulti pada awal Februari 2013 lepas dan beliau ditempatkan sebilik bersama Pn Noor Hasimah Ibrahim Teo.
Sedikit pengenalan tentang diri tentang Cik Nor Intan yang merupakan bekas pelajar CS777 yang baru menamatkan pengajian Sarjana Sains Komputer baru-baru ini, berasal dari Perak dan dibesarkan di Pulau Pinang. Cik Nor Intan sekarang menetap di Puchong bersama keluarga.
Seluruh warga PPSK mengucapkan SELAMAT DATANG kepada Cik Nor Intan.

Subscribe to:
Posts (Atom)