Monday, June 17, 2013

Lulus viva!

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia kepada semua warga FSKM

Saya merasa amat bangga dan ingin merakamkan ucapan tahniah kerana seorang lagi staf FSKM yang  telah lulus viva dengan sedikit pembetulan pada 14 Jun  2013.  Maklumat adalah seperti berikut:

Nama:              Puan Hayati Abd Rahman
                       (Pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer, FSKM)
Tajuk Tesis:      Query Expansion for Retrieving Transalted Al-Quran Using Terms     Hierarchy Approach
Universiti:                     Universiti Kebangsaan Malaysia
 
Tahniah juga diucapkan kepada Ketua Pusat Pengajian Sains Komputer dan warga Pusat Pengajian Sains Komputer atas kejayaan ini.
 
Sekian, dan tahniah sekali lagi.
 
Wassalam.

Sunday, June 9, 2013

Program Bengkel Teknik Nabi

Assalaamu'alaikum wbt,
Alhamdulillah, program Bengkel Teknik Nabi SAW dengan topik KOMUNIKASI PERSUASIF GAYA NABI SAW telah selamat disempurnakan pada 27 Mei 2013 yang lalu. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan PPSK yang diPengerusikan oleh Pn. Hani Fuziah Abdul Rahman.

Penghargaan dan Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Prof. Dekan, Timbalan-timbalan Dekan, staf-staf di pejabat-pejabat pentadbiran FSKM, juruteknik-juruteknik, semua AJK Badan Kebajikan PPSK, para peserta serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan bengkel tersebut.
Bagi pihak JK Badan Kebajikan PPSK, kami memohon berbanyak ampun dan maaf jika terdapat kekurangan atau kelemahan dari pihak kami semasa mengendalikan bengkel ini.
Wassalaam.


b/p Badan Kebajikan PPSK

ROSENAH A. HALIM

Keputusan IDEA Perlis

Assalamualaikum semua,

Pusat Pengajian Sains Komputer juga ingin mengucapkan Tahniah kepada
pensyarah Sains Komputer yang telah mengambil bahagian dan telah
memenangi pingat pertandingan di International Innovation, Design and
Articulation 2013 (i-IDeA 2013) pada 28 to 30 May 2013, anjuran  UiTM
Perlis.

Mereka terdiri daripada:

Pingat: GOLD

Tajuk: Tool Support to Analyze Examination Question Specification

Member:
Puan Noor Hasimah Ibrahim Teo
PM Dr. Nordin Abu Bakar
Dr. Nur Atiqah Sia Abdullah
Farhana Yaakob (student)

Alhamdulillah... Syabas dan setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada
anda semua.

Sekian, Terima kasih.