Sunday, June 9, 2013

Program Bengkel Teknik Nabi

Assalaamu'alaikum wbt,
Alhamdulillah, program Bengkel Teknik Nabi SAW dengan topik KOMUNIKASI PERSUASIF GAYA NABI SAW telah selamat disempurnakan pada 27 Mei 2013 yang lalu. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan PPSK yang diPengerusikan oleh Pn. Hani Fuziah Abdul Rahman.

Penghargaan dan Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Prof. Dekan, Timbalan-timbalan Dekan, staf-staf di pejabat-pejabat pentadbiran FSKM, juruteknik-juruteknik, semua AJK Badan Kebajikan PPSK, para peserta serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan bengkel tersebut.
Bagi pihak JK Badan Kebajikan PPSK, kami memohon berbanyak ampun dan maaf jika terdapat kekurangan atau kelemahan dari pihak kami semasa mengendalikan bengkel ini.
Wassalaam.


b/p Badan Kebajikan PPSK

ROSENAH A. HALIM

No comments:

Post a Comment